Kelebihan Honda Civic FK7 Berbanding Type R
1. Rekaan Sporty dan Agresif
Walaupun bukan Type R, FK7 masih tampil dengan rupa agresif – body hatchback yang lebar, spoiler belakang, rim sport dan kemasan aerodinamik yang hampir sama dengan Type R.
2. Enjin 1.5L VTEC Turbo yang Efisien dan Bertenaga
Enjin L15B7 yang digunakan memberikan sekitar 174-182hp dan 220-240Nm torque, cukup power untuk kegunaan harian dan juga pemanduan sporty – tapi dengan penjimatan minyak yang lebih baik berbanding enjin 2.0 Type R.
3. Lebih Mesra Poket (Dari Segi Harga dan Roadtax)
Harga recond Civic FK7 jauh lebih mampu milik berbanding Type R. Selain itu, dengan enjin 1.5L, roadtax lebih murah dan kos insurans pun lebih rendah.
4. Sistem Infotainmen Canggih dan Keselamatan Tinggi
Kebanyakan unit FK7 dari Jepun/UK dilengkapi dengan sistem Honda Sensing, Apple CarPlay, kamera 360, dan pelbagai fungsi premium.
5. Potensi Modifikasi Besar
Ramai pemilik FK7 menaik taraf bodykit, exhaust, atau ECU untuk memberi rasa pemanduan yang lebih dekat dengan Type R – dengan bajet yang lebih fleksibel.
Berminat Nak Dapatkan Honda Civic FK7 Recond?
Saya menyediakan servis custom order recond kereta terus dari Jepun dan UK. Anda boleh pilih spesifikasi, warna, dan bajet – dan kami akan uruskan semuanya untuk anda sampai ke depan rumah.
📞 Hubungi saya terus di WhatsApp: 011-5921 1969
Atau follow page kami untuk lebih banyak stok dan info terkini.
Honda Civic FK7 – Pilihan Bijak, Gaya Type R, Bajet Tak Terbakar.
Comments
Post a Comment